Monday, May 11, 2009

Contoh Proposal Pelan Takafulink

Berikut adalah penerangan berhubung Pelan Takafulink. Penerangan ini adalah berdasarkan peserta dengan maklumat seperti berikut:

1. Wanita
2. Berumur 26 Tahun
3. Kelas Pekerjaan 1
4. Tidak Merokok
5. Caruman bulanan RM200

Proposal lengkap dalam bentuk PDF boleh anda download di sini

Penerangan Proposal Pelan Takafulink

1. Basic/TPD - Manfaat Kematian Atau Hilang Upaya Kekal.
Perlindungan sehingga umur 80 tahun. Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, waris atau peserta akan mendapat manfaat sebanyak RM150,000

2. Crisis Shield - Manfaat Penyakit Kritikal.
Perlindungan sehingga umur 80tahun. Jika peserta disahkan mendapat salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, peserta akan menerima RM50,000

3. ADD - Manfaat Kemalangan dan Kematian Akibat Kemalangan.
Perlindungan sehingga umur 70 tahun. Jika peserta meninggal dunia akibat kemalangan, manfaat kematian adalah sebanyak RM220,000 (Basic + ADD). Jika kematian akibat kemalangan semasa menaiki kenderaan awam di darat, manfaat kematianadalah RM290,000 (Basic + (ADD) x2). Jika kemalangan mengakibatkankehilangan anggota badan boleh claim sehingga RM70,000.

4. MMC100 - Major Medical Cover / Kad Perubatan Takaful MediAssist.
Perlindungan sebanyak RM150,000 untuk rawatan di hospital panel. Perlindungan sehingga umur 70 tahun. Had maksimum sehingga umur 70 tahun adalah RM150,000 tertakluk kepada had RM50,000 setahun. Tertakluk kepada10% ko-takaful (min RM300, maksimum RM1,000)

5. Disability Provider - Manfaat Hilang Upaya.
Perlindungan sehingga umur 60 tahun. Jika peserta hilang upaya sebelum umur 60 tahun, kami akan membayar sebanyak RM5,000 tiap-tiap tahun sehingga umur 65 tahun.

6. Hospital Benefit - Manfaat Hospital.
Elaun hospital sebanyak RM200 sehari. Perlindungan sehingga umur 70 tahun. Jika peserta dimasukkan ke wad, beliau akan menerima elaun sebanyak RM200 sehari.

7. Weekly Indemnity - Manfaat Hilang Upaya Sementara.
Perlindungan sebanyak RM100 seminggu sehingga umur 70 tahun. Jika peserta ditimpa kemalangan yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja (MC), peserta akan menerima elaun sebanyak RM100 seminggu.

8. Contributor - Manfaat Pembayar RM2,400 p.a
Perlindungan sekiranya peserta mendapat Penyakit Kritikal, peserta TIDAK PERLU membayar lagi caruman bulanan sehingga umur 80 tahun. Tetapi masih boleh menggunakan Medical Card dan memperolehi manfaat-manfaat lain sehingga umur 70@80 tahun.

Berdasarkan quotation ini, jumlah simpanan selama 30 tahun (umur 56 tahun) adalah sebanyak RM76,436 (rujuk m.s 3, Total Surrender Value). Duit ini boleh dikeluarkan bila-bila masa dengan syarat jumlah Total Surrender Value telah melebihi RM4,000. Contohnya jika Total Surrender Value ada RM10,000, peserta boleh mengeluarkan RM6,000. RM4,000 mesti ditinggalkan di dalam akaun simpanan.

Untuk penggunaan Medical Card, protection akan berkuatkuasa selepas 30 hari dari tarikh penerimaan oleh Prudential. Bagi kes kemalangan, protection adalah serta merta selepas penerimaan. Protection sepenuhnya untuk Penyakit Kritikal adalah selepas 120 hari.

Diharap penerangan ini memuaskan, sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.

MOHD ANUAR MOHAMED BAHARI
Takaful Consultant
Prudential BSN Takaful Berhad
Taman SEA, Petaling Jaya
Mobile : 012-9254023
Email : mranuarbahari@gmail.com

No comments:

Post a Comment